Tuesday, 20 November 2012

Tatabahasa Jiwa Manusia

1.0 Pengenalan


Tatabahasa adalah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi membentuk perkataan frasa, klausa dan ayat. Perkataan bergabung membentuk frasa. Frasa bergabung membentuk ayat. Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dipanggil klausa. Kita belajar tatabahasa kerana untuk mengetahui jalan bahasa kita. Pengetahuan ini membantu kita membuat ungkapan yang lebih kompleks dan canggih dengan betul. Ini akan melicinkan komunikasi. Komunikasi juga akan menjadi lebih berkesan.



2.0 Nota Tatabahasa

KATA NAMA
Perkataan  NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

a) Nama Betul

Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

2. Contoh Kata Nama Am:
Manusia :ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
Binatang: ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
Tumbuh- tumbuhan: pokok, betik, rumput, lalang dll
Benda: pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

3. Kata nama Am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

5. Contoh Kata Nama Khas:
Benda: Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
Orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
Binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
Tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

b) Kata Terbitan

1.Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan:

i)                    di awal kata ( awalan )
ii)                  di akhir kata ( akhiran )
iii)                di awal dan di akhir kata ( apitan )
iv)                Sila teliti contoh-contoh imbuhan
v)                  di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
vi)                di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
vii)              di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan

2. Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :

i)                    kelas kata
ii)                  kata dasar
iii)                kata terbitan
                                                                                                                         

3.0 Lanjutan Nota Tatabahasa

Kata kerja terbahagi kepada :

a) Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
b) Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

5. Contoh Kata Kerja Transitif: Atan mendengar radio. Mendengar ialah kata kerja transitif  manakala radio ialah objek (kata nama)

6. Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Kata Kerja Tak Transitif

1.Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

4.0 Rumusan

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu. Tatabahasa perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik. Khalayak perlulah mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang. Justeru tatabahasa perlulah diperkenalkan sebelum kanak-kanak, agar mahir berbahasa dengan baik.

Tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
a) Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain.
b) Membolehkan kanak-kanak memahami makna satu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya.
c) Membolehkan menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu.
d) Berfaedah kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka. Ini kerana mereka suka belajar mengikut peraturan tertentu (Mengikut bahasa ibunda mereka).








Loving You - Kenny G

Wednesday, 31 October 2012

Selamat Datang ke Dunia Bahasa Melayu

Selamat Sejahtera kepada semua. Selamat datang ke blog yang direka oleh saya, sila memberi pendapat mengenai blog ini, atas kerjasama dan jasa semau saya mendahuluikan dengan ribuan terima kasih.      

Sejarah Bahasa Melayu



Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

a)Bahasa Melayu Kuno

Batu Bersurat


Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab. 
     Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera. 
Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

Contoh Bahasa Kuno
vulan = bulan 
nayik = naik 
samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar) 
mangalap = mengambil (maksudnya mencari) 
marlapas = berlepas
mamava = membawa
vala = bala = balatentera
laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya) 
dangan = dengan
sarivu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
vanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marvuat = berbuat
vanua = benua = negeri
ko = ke

b) PERKATAAN MELAYU

Tidak diketahui secara pasti bilakah perkataan Melayu mulai digunakan. Dalam tulisan Cina (dahulu Tiongkok) ada didapati berita yang menyatakan bahawa suatu masa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari Kerajaan Mo-lo-yeu. Berita Cina ini diperkirakan ditulis sekitar tahun 644 (Masihi). Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi (di Pulau Sumatera bahagian Selatan) yang ada sekarang ini.

      Perkataan yang hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib Budha bernama I Tsing. I Tsing pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India) untuk mempelajari agama Budha di Universiti Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu catatannya ditemui perkataan Malayu. Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang. 

     Buku Cina lain yang ada mencatat perkataan yang hampir sama ialah buku Ta Dang Si Yi Chiu Fia Kao Cheng Zhuan. Di dalam buku ini terdapat perkataan Mo Lou Yu. Buku Hai Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan terdapat perkataan Mo Lou YŸ (u terdapat dua titik). Perkataan Wu Lai Yu terdapat di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi orang Cina pada masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan Ma La Yu.

Kesimpulan

Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan beberapa alasan, iaitu:
  1. Bahasa Melayu tidak mungkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya berbeza. Perbezaan itu di antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai peringkat penggunaan bahasa manakala bahasa Melayu, tidak. Jadi, tentulah bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa.
  2. Aksara Rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Masyarakat yang telah memiliki kemahiran bertulis dianggap sebagai masyarakat yang telah tinggi peradabannya dan tentu telah mempunyai masyarakat yang berkurun-kurun lamanya. Bahasa Melayu Tua dan Bahasa Batak juga tidak sama. Hal ini terbukti tulisannya tidak sama. Jadi, bahasa Melayu tentulah bukan berasal daripada bahasa Batak, walaupun pada masa yang sama mungkin kedua-dua bahasa ini telah wujud.
  3. Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar. Tidak mungkin sebuah kerajaan didirikan jika di daerah itu tidak ada penduduk asal yang ramai.
  4. Kerajaan Melayu pada waktu itu tentulah bukan seperti yang dimaksudkan seperti raja Melayu yang terdapat di Pasai atau di Melaka. Pengertian raja pada waktu itu ialah Ketua Kampung dan kerajaan itu bermaksud kawasan kampung. Tetapi tentulah kawasan kampung ketika itu sangat luas dan juga terdapat beberapa kampung lain di sekitarnya.
  5. Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit (di Palembang) yang telah menggunakan bahasa Melayu dalam persuratannya. Dan juga, belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain daripada aksara Rencong (di daerah Sumatera Selatan, aksara Rencong ini masih digunakan hingga abad ke-18). 

Lampiran







Kiss The Rain - Yiruma